Ikuti Kami:

Misi Mencari Harta Peninggalan, Ahn Bohyun & Lee Sungmin Dilapor Akan Terajui Drama Sejarah ‘God’s Beads’

Misi Mencari Harta Peninggalan, Ahn Bohyun & Lee Sungmin Dilapor Akan Terajui Drama Sejarah ‘God’s Beads’

Ahn Bo-hyun dan Lee Sung-min dilaporkan akan membintangi drama sejarah terbaru.

Pada 29 Mac, media telah melaporkan bahawa Ahn Bo-hyun dan Lee Sung-min telah diberi tawaran untuk membintangi drama JTBC yang akan datang iaitu “God’s Beads”.

Sebagai respon kepada laporan tersebut, agensi Ahn Bo-hyun iaitu FN Entertainment telah berkata,

Memang benar Ahn Bo-hyun telah diberikan tawaran tersebut. Namun, dia masih lagi sedang mempertimbangkannya.

Sementara itu, “God’s Beads” merupakan drama sejarah yang akan mempamerkan hubungan persahabatan serta percintaan dalam satu kumpulan yang sedang melakukan ekspedisi untuk mencari harta peninggalan berharga di negara mereka.

ahn-bohyun-lee-sungmin-drama

Dalam drama ini, Ahn Bo-hyun dikatakan akan memegang watak sebagai Baek Gyeol, ketua kumpulan ekspedisi yang juga merupakan anak lelaki tunggal kepada panglima perang diraja.

Manakala, Lee Sung-min dilaporkan akan memegang watak sebagai seorang pegawai askar bernama Choi Koo yang turut mengikuti ekspedisi tersebut.

Macam seronok je jalan cerita drama ni kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...