Siap sedia semua untuk rancangan bual bicara yang akan dihoskan oleh Suga BTS!
Terbaru pada 28 November, saluran YouTube BTS telah melancarkan video teaser berjudul “Suchwita”, iaitu program bual bicara dalam talian yang akan diacarakan oleh Suga BTS.
Khususnya menurut Big Hit Music, “Suchwita” adalah program di mana Suga akan minum dan berborak bersama tetamu dari pelbagai bidang.
Untuk pengetahuan, nama “Suchwita” menggabungkan nama Suga dengan “Daechwita” iaitu single solo penyanyi itu, sambil turut mencipta akronim ‘슈 취 타’, yang boleh digunakan untuk membuat frasa Korea “Masa untuk mabuk dengan Suga”.
Sementara itu, episod pertama “Suchwita” akan dikeluarkan pada 5 Disember ini menerusi saluran YouTube dan Weverse.
Jangan lupa tonton!