Ikuti Kami:

Minum Arak & Hisap Rokok Bawah Umur, Watak Cha Haekang Disuruh Keluar ‘The World Of The Married’

Minum Arak & Hisap Rokok Bawah Umur, Watak Cha Haekang Disuruh Keluar ‘The World Of The Married’

Korea sebenarnya adalah sebuah negara yang sangat konservatif dan sering mengkritik sesiapa yang melanggar undang-undang negara itu tambahan lagi sekiranya ia melibatkan selebriti.

Terbaru, pelakon remaja yang kian popular menerusi drama “The World Of The Married” iaitu Jung Joon-won yang membawa watak Cha Hae-kang, rakan sekelas yang sering cari pasal Jun-young telah terpalit dengan kontroversi berat.

Lelaki itu yang baru berusia 16 tahun telah ‘kantoi’ meneguk arak dan menghisap rokok meskipun dia masih lagi di bawah umur. Gambar-gambarnya itu mula berterbangan si sebuah laman komuniti dan telah mendapat perhatian ramai.

jung joonwon minum arak

Dek sedar bahawa kesilapan itu adalah besar, syarikat naungannya iaitu DAIN Entertainment telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi bagi menjawab isu tersebut. Pihak mereka memohon maaf kerana tidak menjaga pelakon tersebut dengan lebih baik selain turut meminta maaf kepada produksi “The World Of The Married” kerana kesulitan ini.

Disebabkan oleh salah laku Joon-won, penonton meminta pelakon tersebut digugurkan daripada drama tersebut yang bakal tamat lagi dua episod.

jung joonwon the world of the married

Pun begitu, pihak produksi “The World Of The Married” menjelaskan bahawa kemunculan terakhir remaja itu adalah pada episod ke-14 dan tiada rancangan untuk menampilkannya dalam dua episod terakhir naskhah tersebut.

Walaubagaimanapun, tidak pasti sama ada kesemua babak yang melibatkan Joon-won bakal dipadam untuk siaran ulangan nanti.

Jangan main-main dengan netizen Korea tahu!

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...