Utama K-Pop Minhyuk BTOB DJ Baru Program Radio KBS ‘Kiss The Radio’

Minhyuk BTOB DJ Baru Program Radio KBS ‘Kiss The Radio’

btob minhyuk

Dua hos baru telah diumumkan untuk program radio KBS! Pada minggu lepas, Shin Ye-eun telah diumumkan sebagai DJ baru bagi program radio KBS CoolFM “Volume Up”.

Pada 25 Oktober pula, telah disahkan bahawa Min-hyuk dari kumpulan BTOB akan menjadi DJ baharu untuk program “Kiss the Radio” di KBS CoolFM, yang kini bertajuk “BTOB Kiss the Radio”.

Dia mengambil alih sebagai DJ baharu selepas Young K dari kumpulan DAY6, yang merupakan hos rancangan radio itu sebelum ini, telah memulakan servis tenteranya awal bulan ini.

BTOB Minhyuk Kiss The RadioEpisod pertama Min-hyuk bakal berlangsung pada 1 November ini bersama dengan rakan sekumpulannya Eun-kwang, sebagai tetamu.

Wah, DJ Min-hyuk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSPOTV NEWS
Loading...