Ikuti Kami:

Minho SHINee Akan Adakan Acara Bertemu Peminat ‘Best Choi’s Minho’ Disember Ini

Minho SHINee Akan Adakan Acara Bertemu Peminat ‘Best Choi’s Minho’ Disember Ini

Min-ho SHINee akan mengadakan acara solo pertemuan bersama peminat pada Disember ini!

Acara pertemuan peminat Min-ho akan datang “Choi Minho Fan Party ‘Best Choi’s Minho 2021′” akan diadakan di Teater di Pusat Seni Donghae di Universiti Kwangwoon, Seoul. Ini akan menjadi pertemuan peminat solo pertama Min-ho dalam tempoh dua tahun.

Tempahan tiket untuk pertemuan peminat Min-ho akan datang, akan mula dijual pada 29 November jam 7 malam melalui laman web YES24.

Sebagai pertimbangan untuk peminat global yang tidak dapat menghadiri acara pertemuan peminat secara peribadi, acara itu juga boleh distrim secara dalam talian melalui V Live NAVER. Maklumat lanjut mengenai tempahan untuk akses kepada acara dalam talian akan dimaklumkan di laman media sosial rasmi SHINee dan saluran Beyond LIVE mereka.

Acara pertemuan bersama peminat Min-ho ini akan diadakan pada 21 Disember jam 7 malam nanti!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...