Nampaknya, penyanyi dan personaliti tv popular iaitu Min Kyung-hoon akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi!
Pada 10 Julai, agensi mengumumkan bahawa Min Kyung-hoon akan berkahwin namun, butiran lanjut mengenai tarikh perkahwinan dan sebagainya masih belum diputuskan lagi setakat ini.
Susulan pengumuman itu, lelaki tersebut secara peribadi menulis mesej di Instagram:
View this post on Instagram
Hello, ini Min Kyung-hoon.
Saya mempunyai berita yang ingin saya kongsikan secara langsung dengan peminat saya. Saya akan berkahwin pada bulan November ini.
Saya telah bertemu dengan seseorang yang istimewa dan saya ingin membina keluarga serta berkongsi kegembiraan sederhana dalam kehidupan seharian dengannya. Kami telah memutuskan untuk menjadi tempat perlindungan antara satu sama lain.
Kami berjanji untuk menyokong dan menyayangi antara satu sama lain dan hidup bahagia bersama.
Saya harap anda akan menjaga kami dengan mesra dan memberkati perjalanan baru kami.Semoga anda sihat dan bahagia sepanjang hari.
Terima kasih.
Tahniah Min Kyung-hoon dan pasangan!