Pasti ramai yang dah tahu kan bahawa Song Hye-kyo merupakan salah seorang pelakon dengan pendapatan lumayan.
Terbaru menerusi Instagram Story, Song Hye-kyo telah memuat naik beberapa foto ketika dia sedang meluangkan waktu bersama rakan-rakannya di rumahnya.
Khususnya, perhatian tertumpu pada betapa mewahnya rumah pelakon wanita itu meskipun hanya dapat dilihat di bahagian luar, tambahan pula dengan sofa yang luas dan selesa yang diletakkan di ruang gazebo itu.
Sementara itu, nama Song Hye-kyo turut hangat menjadi bualan baru-baru ini selepas nilai bangunan yang dibelinya dengan harga 19.5 bilion won sebelum ini, telah meningkat sebanyak 6 bilion won dalam tempoh tiga tahun.
Ini sekaligus mengukuhkan kedudukan Song Hye-kyo sebagai antara selebriti Korea yang paling kaya dengan nilai hartanah yang tinggi.
Fuhh!