Ikuti Kami:

“Mijoo Pun Banyak Duit” – Netizen Puji Yoo Jaesuk ‘Back Up’ Lee Mijoo Dalam ‘The Sixth Sense 3’

“Mijoo Pun Banyak Duit” – Netizen Puji Yoo Jaesuk ‘Back Up’ Lee Mijoo Dalam ‘The Sixth Sense 3’

Siapa yang perasan, Lee Mi-joo merupakan antara adik perempuan kesayangan Yoo Jae-suk kini. Bahkan mereka menunjukkan sinergi yang comel dalam rancangan seperti “The Sixth Sense” dan “Hangout With You”.

Terbaru, ramai yang tersentuh melihat pengacara No 1 itu yang mencanang kelebihan Lee Mi-joo semasa dalam satu sesi janji temu buta dalam “The Sixth Sense 3”.

Bagi membuktikan bahawa tempat mencari jodoh itu ialah benar, pihaknya telah membawa seorang klien mereka untuk berjanji temu dengan Lee Mi-joo sambil disaksikan ahli yang lain.

Klien itu merupakan ahli kelab Diamond dan merupakan CEO yang berusia 25 tahun. Dia juga ialah alumni universiti berprestij di Amerika Syarikat dan baru sahaja membuka syarikat start-up di sana dengan pendapatan sebanyak 200 milion won.

tvn the sixth sense 3

Semasa menjelaskan biodata lelaki itu, Yoo Jae-suk mencelah dan mengatakan bahawa Lee Mi-joo berkemungkinan mempunyai gaji lebih banyak daripadanya.

Mi-joo ada duit yang banyak sekarang. Young and rich.

Pun begitu, pemilik syarikat mencari jodoh itu terus memuji kliennya,

Masa depan lelaki ini akan dilimpahi rezeki dan dia akan memiliki bilion won.

tvn the sixth sense 3

Balas Yoo Jae-suk lagi,

Sama juga dengan Mijoo kami.

Rata-rata penonton memuji Yoo Jae-suk yang memastikan kelebihan Lee Mi-joo tidak ditolak ke tepi.

Bestnya ada ‘abang’ macam Yoo Jae-suk!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...