Umum pasti mengetahui bahawa pelakon popular Namgoong Min telah selamat berkahwin dengan cinta hatinya Jin Ah-reum pada minggu lepas.
Diadakan dengan penuh meriah dan dihadiri hanya keluarga serta teman rapat, majlis perkahwinan Namgoong Min telah diadakan di Shilla Hotel, Seoul.
Terbaru pada siaran 13 Oktober program KBS “Entertainment Company Live”, seorang pakar perkahwinan telah mendedahkan bahawa hotel di mana berlangsungnya majlis perkahwinan Namgoong Min, adalah tempat yang terkenal dengan perhiasan bunga dan makanan yang mahal.
Ia adalah tempat yang terkenal dengan bunga dan makanan yang mahal. Kos hiasan boleh jadi antara 20 juta won (RM65,845) dan 30 juta won (RM98,689). Makanannya adalah 180,000 won (RM592) untuk setiap orang.
Bukan itu sahaja, mengenai busana perkahwinan Jin Ah-reum, pakar perkahwinan itu berkongsi tentang harganya,
Gaun itu tidak pernah dipakai sebelum ini. Ia berharga sekitar 7 juta won (RM23,029) untuk menjadi orang yang pertama memakai gaun tersebut.
Secara keseluruhan, perancang perkahwinan itu menganggarkan bahawa majlis kahwin Namgoong Min dan Jin Ah-reum berjumlah antara 100 juta won (RM328,976) dan 200 juta won (RM657,952).
Fuh, banyak tu!