Ikuti Kami:

“Mesti Sado Badan Dia” – Peminat Terkejut Lihat Kenaikan Berat Badan V BTS Selepas Masuk Tentera

“Mesti Sado Badan Dia” – Peminat Terkejut Lihat Kenaikan Berat Badan V BTS Selepas Masuk Tentera

Pejam celik pejam celik, sudah dua bulan sejak V BTS mendaftar di khidmat ketenteraan.

Terbaru pada 14 Februari, V telah mengambil masa untuk menyapa peminat, dengan memberi perkembangan terkini tentang berat badannya kini di laman Weverse.

Kongsi lelaki itu,

Saya akan membuat laporan sementara. Berat badan 72.5 kg saya tercapai. Saya akan kembali. Tabik.

Sebelum ini pada Ogos 2023, V pernah berkongsi bahawa berat badannya adalah 62kg, membuatkan peminat gembira kerana idola kesayangan mereka itu sihat di sana.

Selain itu, ada juga yang teruja untuk melihat perubahan fizikal penyanyi “Love Me Again” itu, sama ada dia semakin berotot atau berisi.

Komen peminat,

Semua orang dah bersedia ke untuk lihat badannya dengan otot besar?

 

Semoga sentiasa sihat Tae-hyung, makan banyak selalu.

 

Wow, berat badannya memang benar-benar naik.

 

Tak sabar untuk tengok V dengan badan sadonya!

Wah mesti V kuat berlatih ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...