Ikuti Kami:

“Mesti Dia Rasa..” – Park Seojoon Akui Cemburu Lihat Kehidupan V BTS Sebagai Penyanyi

“Mesti Dia Rasa..” – Park Seojoon Akui Cemburu Lihat Kehidupan V BTS Sebagai Penyanyi

Peminat pasti tahu kan bahawa Park Seo-joon dan V BTS memang berkawan rapat.

Baru-baru ini, Park Seo-joon telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube Sung Si-kyung. Selain berborak tentang kerjayanya sebagai pelakon, lelaki itu turut mengaku bahawa dia cemburu melihat kehidupan sahabatnya V, sebagai penyanyi.

Luah pelakon itu,

Saya berkawan dengan Tae-hyung (nama sebenar V) jadi, saya dah pernah datang konsertnya beberapa kali. Ia seperti ‘wow’, lautan peminat bersorak untuknya. Mesti dia rasakan emosi yang sangat besar di atas pentas.

park seojoon

Sambung Park Seo-joon,

Itu sesuatu yang saya tidak akan pernah alami dalam hidup saya. Saya sering tertanya-tanya bagaimana perasaan seorang penyanyi selepas menyanyikan lirik terakhir di atas pentas.

Fuhh Park Seo-joon nak tukar jadi penyanyi pula ke tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Ten Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...