“Mesti Cringe Nanti” – Sahut Baik Idea ‘True Beauty’ Versi Malaysia, Janna Nick Tak Kisah Dikritik Netizen

janna nick true beauty

Memang hebat betul penangan drama remaja “True Beauty” kan? Sampaikan ramai rakyat Malaysia yang tahu mengenai kehangatan drama tersebut.

Sampaikan ada yang berharap agar drama bersiri Korea itu diterbitkan dalam versi tempatan. Disebabkan Janna Nick kini sudah memulakan kariernya dalam bidang pengarahan, cadangan bernas tersebut nampaknya disambut baik oleh pelakon wanita itu.

Walaubagaimanapun, kebanyakan peminat drama “True Beauty’ seakan-akan menolak cadangan tersebut malah berharap agar pelakon wanita itu tidak merosakkan naskhah tersebut dengan mengadaptasikannya sebagai drama tempatan.janna nick true beauty

janna nick true beauty janna nick true beauty janna nick true beauty janna nick true beauty janna nick true beauty

Disebabkan oleh ciapan tersebut yang tular sejak beberapa jam lalu, ia akhirnya sampai ke pengetahuan Janna Nick sendiri. Malah wanita itu mengambil kesempatan untuk menjelaskan mengenai maksud komen awalnya mengenai ‘persediaan betul-betul’ untuk menghasilkan “True Beauty” versi Malaysia tersebut.

Ramai betul peminat ‘True Beauty’ yang persoal kenapa nak buat versi Malaysia. Bila kita kata nak sediakan dengan betul-betul, maksudnya untuk buat perkara seperti itu kena bersedia dengan betul, persediaan dalam pelbagai benda. Dari segi duit, dari segi skrip.

Katanya, bukan dia benar-benar mahu menghasilkan drama adaptasi tersebut cumanya dia hanya melayan komen yang ditinggalkan oleh peminat di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Malah Janna sempat mengulas mengenai filem sulung arahannya “Delen” yang dikatakan telah meniru nakshah popular Indonesia iaitu “Dilan” walhal kandungannya adalah berbeza. Oleh sebab itu, pelakon itu merasakan bahawa industri seni di Malaysia sukar untuk melangkah ke hadapan dek suara-suara sumbang seperti ini.

Sokonglah produk tempatan. Memang tak akan jadi sebagus Korea, tak akan jadi sebagus Hollywood. Tapi kita semakin mendekatinya sedikit demi sedikit.

Janna juga menegur sesetengah individu yang masuk ke dalam ruangan Instagramnya bersama peminat dengan niat untuk mencari kesalahan supaya dapat disebarkan kepada orang ramai dan menjadikannya sebagai punca kecaman.

Saya tak kisah dan okay sahaja kalau anda nak buat macam tu. Tapi saya rasa media sosial kini sudah menjadi toksik.

Pun begitu, pelakon yang juga merupakan seorang pengarah kini menjelaskan bahawa dia tidak kisah dengan pandangan netizen sama ada positif ataupun negatif. Katanya, dia okay sahaja membaca kesemua komen yang ditinggalkan.

Memang positif betul Janna ni kan? Korang rasa menjadi tak kalau buat “True Beauty” versi Malaysia?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

5 KOMEN

  1. Haish …. senang-ii je copy Idea orang …can you just be urself ? buat la cerita yang tak cringe . kalu true beauty ver. Malay , kami yang dah menonton true beauty dah tau jalan ceritanya . cuba buat macam mana hidup janna selama ni . atleast dia tak tiru cerita orang sebab tu tentang hidup dia .

  2. Mustahil menjadik, it will turns out the worst! 1st thing 1st is hero hensem 2 org tu mana nak carik??? Takdenya yg sma better xyah bt okay, atau nnti kena kecam lagik..

  3. Pliss jgn buat Drama true beauty Ver Malaysia X rasa malu ke yg Malaysia dh tiru hasil Kerja Drama Korea……sbb tu laa banyak yg X suka Malaysia sbb suka tiru karya seni dri negara lain…..and ramai org luar cakap yg Negara Malaysia ni toxic sbb klu nk Minat kpop kata haram laa kafir kata tpi ramai X sedar yg Orang peminat kpop ni rasa bahagia and lebih sayangkan diri sendiri…..aq harap Malaysia X tiru hasil karya seni Dari negara lain……X rasa malu ke….. Malaysia bukan negara paling Maju and Paling bagus ke…… Asl dh tukar jdi negara Sampah????Lepas kes Janna nick and Sharifah Sakinah Gelak Pasal Arwah Jonghyun SHINee and then hina grp BLACKPINK Negara Malaysia terus tukar jadi negara Sampah and toxic……pliss laa aq X rasa ni Malaysia…. Malaysia negara yg paling Famous and Paling best di dunia but kes Janna nick tu keluar Malaysia auto digelar Negara Sampah Pliss jgn Tiru karya seni negara org lain…..jaga Nama maruah Malaysia

Leave a Reply