Bakal mendirikan rumah tangga, Ailee bercerita mengenai perasaan yang dipendamnya.
Terbaru, penyanyi itu dan tpasangannya, Choi Si-hun muncul dalam rancangan “Kim Chang Ok Show 3” di tvN STORY. Bersempena dengan perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, pasangan itu berkongsi perasaan jujur mereka berkenaan khabar angin yang tersebar mengenai hubungan mereka.
Dalam rancangan tersebut, Ailee mendedahkan bahawa terdapat pelbagai khabar angin yang mengatakan bahawa Choi Si-hun “hidup dengan duitnya” dan bahawa dia “menganggur”,
Suami saya bekerja keras dalam pelbagai pekerjaan, tetapi orang ingat dia menganggur. Dia bukan sahaja bekerja sebagai influencer, tapi dia juga mencari kerja dan bekerja di sebuah syarikat. Walaupun dia berusaha keras, orang fikir dia bergantung sepenuhnya kepada saya, jadi banyak komen negatif muncul. Ia menyedihkan untuk dilihat, tapi saya tak boleh buat apa-apa untuk membantu.
Dia turut menambah bahawa Si-hun tak perlu menanggung semua ini jika dia tidak bertemu dengannya,
Rasa macam segala usaha saya selama bertahun-tahun sia-sia saja. Kalau dia tak pernah bertemu dengan saya, dia mungkin boleh hidup tanpa peduli apa orang lain fikir. Tapi saya sangat minta maaf dan bersyukur sebab dia tetap memilih saya walaupun tahu semua ini.
Semoga mereka berbahagia sahaja!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.