Ikuti Kami:

“Mesti Anda Sukar Pulih Lepas Terluka..” – Luahan Kim Seonho Di Laman Peminat Jadi Perhatian

“Mesti Anda Sukar Pulih Lepas Terluka..” – Luahan Kim Seonho Di Laman Peminat Jadi Perhatian

Sempena hari lahirnya yang ke-36, Kim Seon-ho dilihat memuat naik permohonan maaf selain luahan hati buat peminatnya selepas lama menjauhkan diri daripada perhatian ramai.

Bukan sahaja dimuat naik di laman Instagram, pelakon lelaki itu turut menulis entri yang lebih panjang mengenai perasaannya di laman peminat. Katanya,

Musim panas sudah tiba, cepat betul masa berlalu. Saya berasa gementar dan risau apabila terfikir sama ada adakah sudah terlambat atau bagaimana mahu bermula semula.

Kim Seon-ho turut menyebut kontroversi lama yang melandanya,

Terdapat ketika masa terhenti dan sehari terasa seperti sebulan malah setahun. Ada juga ketika saya berasa sukar untuk menenangkan diri kerana emosi berat semasa cuba mengejar waktu yang terus ke hadapan berbanding fikiran saya.

kim seonho

Sambungnya,

Pun begitu, saya merasakan ramai yang turut menderita kerana saya. Saya rasa bersalah dan mahu memohon maaf kerana membuatkan anda melalui waktu yang sukar kerana kekurangan saya. Bukan kah sukar untuk pulih apabila hati anda sudah terluka sekali? Saya memohon maaf kerana meinggalkan luka yang susah untuk diubati di dalam hati semua orang yang menyokong saya.

Malah dia turut mengucapkan terima kasih buat peminat yang menyambut hari jadinya,

Terima kasih kerana anda, masa saya kini kembali sedikit demi sedikit. Saya berjaga-jaga dan teragak-agak kerana tidak pasti apa maksud entri ini buat awak. Tapi saya berharap agar masa semua orang yang menyokong saya akan berlalu tidak dengan cepat mahupun lambat.

Kata Kim Seon-ho lagi,

Saya akan menjadi pelakon dan individu yang lebih baik dengan menghargai hati berharga kesemua orang yang menyokong saya di Korea dan luar negara. Saya akan lakukannya.

kim seonho

Malah pelakon itu turut menjanjikan kepulangannya,

Terima kasih kerana bersama saya dan saya akan pastikan anda tak perlu menunggu lama.

Untuk pengetahuan, Kim Seon-ho telah terpalit dengan kontroversi melibatkan tuduhan bekas kekasihnya di mana dia dikatakan meninggalkan wanita itu selepas menyuruhnya mengugurkan kandungan. Pun begitu, hasil siasatan pihak media menyatakan bahawa wanita berkenaan banyak menipu di dalam pendedahannya.

Dek kontroversi itu, Kim Seon-ho mengundurkan diri dalam pelbagai projek seperti “2 Days 1 Night”, filem “2 O’Clock Date” dan “Dog Days”. Walau bagaimanapun, lelaki itu tetap meneruskan dengan penggambaran “Sad Tropics”.

Semoga hanya bahagia buat Kim Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...