Ikuti Kami:

Meskipun Hanya Hero Kedua, Kim Seonho Raih No 1 ‘Brand Reputation’ Kategori Pelakon Bagi November

Meskipun Hanya Hero Kedua, Kim Seonho Raih No 1 ‘Brand Reputation’ Kategori Pelakon Bagi November

Makin menjadi-jadi Kim Seon-ho sejak kebelakangan ini kan? Bukan sahaja kian popular dalam kalangan peminat K-Drama malah lelaki itu juga berjaya menonjolkan lakonan yang hebat dalam drama “Start-Up”.

Kalau anda nak tahu, setiap bulan akan dikeluarkan senarai ‘brand’ bagi pelakon dan juga idola. Ianya merupakan kiraan yang diambil menerusi analisis data penyertaan, liputan media, interaksi, dan indeks komuniti sepanjang bulan tersebut. Secara ringkas, ranking ini menonjolkan siapa pelakon yang paling menjadi sebutan ramai dalam sesuatu bulan itu.

Menggembirakan apabila Kim Seon-ho berjaya menduduki tempat pertama dalam ‘Brand Reputation Ranking’ untuk bulan November baru-baru ini. Malah dia turut membenamkan hero utama “Start-Up” iaitu Nam Joo-hyuk yang hanya mampu berpuas hati di tangga kedua.

kim seonho

1. Kim Seon-ho

2. Nam Joo-hyuk

3. Lee Dong-wook

4. Park Ha-sun

5. Uhm Ji-won

6. Lee Do-hyun

7. Lee Ji-ah

8. Kim So-yeon

9. Jo Bo-ah

10. Lee Jae-wook

11. Eugene (S.E.S.)

12. Go A-ra

13. Jin Ki-joo

14. Ong Seong-wu

15. Bae Sung-woo

16. Kim Bum

17. Suzy

18. Kwon Sang-woo

19. Uhm Ki-joon

20. Jeon In-hwa

21. Kang Han-na

22. Kim Sa-rang

23. Lee Jang-woo

24. Ahn Bo-hyun

25. Seo- hyun (Girls’ Generation)

26. Jung Da-bin

27. Yoo In-na

28. Hwang Shin-hye

29. Shin Ye-eun

30. Jang Hye-jin

Walaupun hanya membawa watak hero kedua, namun nampaknya Kim Seon-ho berjaya meninggalkan impak yang besar kepada para penonton. Dahsyat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...