Ikuti Kami:

Meskipun Cipta Fenomena, 4 Binaan Plot Mengelirukan Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Meskipun Cipta Fenomena, 4 Binaan Plot Mengelirukan Dalam ‘It’s Okay To Not Be Okay’

Walaupun sudah 3 hari menamatkan tayangan, tapi nampak gayanya masih ramai lagi yang tak ‘move on’ daripada drama popular “It’s Okay To Not Be Okay”.

Kisah romantik dengan elemen psikologi berat ini menceritakan nasib seorang lelaki iaitu Moon Gang-tae (Kim Soo-hyun) yang tidak mampu mencintai sesiapa kerana bebanan hidup. Namun pengenalan dengan Go Mun-yeong (Seo Ye-ji), seorang penulis buku cerita kanak-kanak yang mempunyai masalah anti-sosial merubah segalanya.

Meskipun tamat dengan kesudahan yang bahagia untuk ketiga-tiga watak utamanya, terdapat beberapa plot yang masih menjadi persoalan peminat. Tak dinafikan bahawa ia adalah sebuah drama yang hebat, tetapi ia tak dapat lari daripada menerima sedikit kritikan daripada penonton.

Macam mana Gang-tae dan Mun-yeong dapat larikan diri daripada polis semasa perlumbaan di tengah jalan raya?

lubang plot it's okay to not be okay

Kwon Gi-do (Kwak Dong-yeon) ialah anak kepada calon datuk bandar di bandar Seongjin dan telah melarikan diri daripada tahanan Hospital Psikiatri OK untuk berseronok tanpa seurat benang pun. Dengan bantuan Mun-yeong, mereka melalui aksi kejar-mengejar dengan Gang-tae yang mahu menghentikan perlakuan gila itu. Bayangkan mereka memandu dengan laju sepanjang perjalanan sehinggalah merosakkan beberapa harta benda awam sebelum sampai ke lokasi kempen ayahnya.

Persoalannya macam mana mereka boleh melalui semua itu tanpa dikejar oleh polis langsung?

Kalaulah Jae-su, Sang-tae dan ibu Ju-ri berada di rumah, kenapa mereka tak dengar langsung bunyi motorsikal?

lubang plot it's okay to not be okay

Ingat tak apabila Gang-tae mengambil Mun-yeong untuk kembali ke rumahnya selepas wanita itu berjalan kaki di dalam hujan dan ditolak daripada bermalam di motel kerana ketiadaan wang? Mereka sampai ke rumah sewa tersebut dengan motorsikal Jae-su yang menghasilkan bunyi yang kuat dan secara senyap telah naik ke bilik atas bumbung yang diduduki oleh Gang-tae dan Sang-tae.

Meskipun dalam hujan, macam mana tiada seorang pun yang sedar mengenai kepulangan mereka memandangkan bunyi motorsikal yang kuat itu?

Setiap sudut Hospital Psikiatri Ok mempunyai kamera keselamatan, tapi macam mana hubungan A-reum dan Jeong-tae langsung tak dikesan?

lubang plot it's okay to not be okay

Siapa sangka A-reum dan Jeong-tae mampu menyorokkan hubungan cinta mereka daripada pengetahuan orang ramai kerana peraturan hospital yang melarang para pesakit bercinta. Disebabkan itu, mereka hanya berjumpa secara senyap di bilik kain bagi mengelak daripada ditangkap oleh sesiapa.

Yang peliknya macam mana tiada seorang pun tahu mengenai ‘lawatan’ mereka ke bilik tersebut sedangkan hospital itu dilengkapi dengan kamera keselamatan di merata tempat? Bahkan terdapat jururawat yang sentiasa menjaga kaunter hadapan, memang tak nampak langsung ke?

Benarkan Jururawat Park ialah penulis Do Hui-jae?

lubang plot it's okay to not be okay

Memang mengejutkan betul apabila Jururawat Park didedahkan sebagai ibu sebenar Mun-yeong iaitu penulis Do Hui-jae! Tapi makin banyak persoalan yang timbul selepas itu. Walaupun wanita itu ada menyatakan bahawa dia mengubah wajah dengan melakukan pembedahan, namun bagaimana tutur kata dan gerak badannya juga berbeza. Bahkan bagaimana dia melompat daripada seorang penulis kepada petugas kesihatan dengan mudahnya? Bukankah dia perlu melalui kursus perubatan selama beberapa tahun sebelum layak menggalas tugas sebagai jururawat?

Bukan itu sahaja, mengikut ingatan kasar bapa Mun-yeong, dia telah membuang mayat isterinya di dalam sebuah beg besar sebelum dicampak ke dalam tasik dalam. Bagaimana Do Hui-jae boleh selamatkan diri daripada keadaan yang menyesakkan tersebut?

Apa pun, semua penonton nampaknya berpuas hati dengan perkembangan plot “It’s Okay To Not be Okay”. Jadinya, lubang plot yag dinyatakan ini mungkin tidak mempengaruhi langsung pengalaman menonton semua.

Tapi yang pasti “It’s Okay To Not be Okay” pasti akan menjadi sebuah drama yang diingati ramai sehingga bertahun lamanya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...