Meskipun teruja dengan aktiviti solo ahli, pasti ramai yang turut menantikan reunion BLACKPINK kan?
Baru-baru ini, Lisa telah menghiasi muka depan majalah Billboard dan turut terlibat dalam satu temu bual, di mana dia bercerita tentang pelbagai perkara.
Sebelum ini, YG Entertainment mengumumkan bahawa BLACKPINK akan membuat kemunculan semula dan memulakan konsert jelajah mereka pada 2025 nanti. Ketika ditanya mengenai reunion mereka, Lisa akui,
Saya tak sabar.
Namun mengenai world tour kumpulan itu pula, penyanyi “Money” itu sepertinya terkejut dan berkata,
Itu apa yang mereka katakan?
Dengan ini, ramai yang membuat spekulasi bahawa ahli BLACKPINK sendiri masih belum tahu tentang aktiviti mereka nanti dan lebih fokus kepada projek solo masing-masing kini.