Ikuti Kami:

Meski Tiada Kemenangan, Penampilan BTS Di Anugerah ‘Grammy’ Tetap Jadi Bualan

Meski Tiada Kemenangan, Penampilan BTS Di Anugerah ‘Grammy’ Tetap Jadi Bualan

ARMY seronok tak dapat tonton persembahan BTS di ‘Grammy Awards’?

Pada 3 April (waktu tempatan), telah berlangsungnya Anugerah Grammy di Las Vegas, yang menampilkan ramai selebriti popular seperti Bruno Mars, Olivia Rodrigo, Justin Bieber, Lady Gaga dan termasuklah BTS sendiri.

Semasa persembahan mereka untuk lagu “Butter”, BTS telah menunjukkan gubahan pentas berwarna-warni yang membuatkan penonton berasa seperti sedang menonton salah satu filem James Bond, termasuk persembahan mereka yang melibatkan laser semasa ‘dance break’. Selepas persembahan tamat, BTS telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh semua selebriti yang hadir. Memang cool betul!

Malangnya, pencalonan BTS bagi kategori  ‘Duo Pop Terbaik atau Persembahan Kumpulan’ telah dimenangi oleh Doja Cat dan SZA bagi lagu “Kiss Me More”. Mereka memenangi anugerah tersebut melawan BTS “Butter”, Coldplay “Higher Power”, Justin Bieber dan Benny Blanco “Lonely”, serta Tony Bennett dan Lady Gaga “I Get a Kick Out of You”. Namun begitu, ARMY tetap berbangga terhadap kumpulan itu atas usaha yang mereka lakukan sehingga berjaya untuk sampai ke tahap ini.

bts grammy awards

Dalam siaran langsung di VLive selepas tamatnya anugerah tersebut, BTS mengucapkan terima kasih kepada peminat mereka atas sokongan yang tidak berkesudahan. Ji-min mengulas bahawa ianya ‘malang’ kerana mereka tidak menang, tetapi kumpulan itu tetap bersyukur kerana berpeluang untuk menghadiri acara itu. Kata Ji-min,

Terima kasih kepada ARMY, kami dapat mencuba ini lagi. Sayang sekali kami tidak menang, tetapi hanya berada di sini tetap bermakna buat kami.

V turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menambah,

Ya. Sejujurnya, kami dapat menonton begitu banyak persembahan yang menakjubkan. Jadi ini sangat memotivasikan kami.

https://www.youtube.com/watch?v=kACMXY8h41s

Tonton persembahan BTS di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...