Ikuti Kami:

Meski Rating Tinggi, ‘Thirty, Nine’ Dikecam Dek Papar Plot Agungkan Kecurangan?

Meski Rating Tinggi, ‘Thirty, Nine’ Dikecam Dek Papar Plot Agungkan Kecurangan?

Meskipun mendapat pujian ramai, sepertinya “Thirty, Nine” tidak dapat lari daripada kritikan ramai.

Baru menayangkan 4 episod, namuan terdapat beberapa plot yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

Yang pertama ialah watak Kim So-won yang dilakonkan oleh Ahn So-hee. Merupakan seorang pemain piano yang merupakan lepasan Juiliard School Of Music, gadis itu mula hilang arah dan bekerja sebagai pelayan di pusat hiburan dewasa selepas kematian ibu angkatnya.

ahn sohee thirty nine

Walaupun memaparkan kisah seorang yang memberontak kerana kehilangan orang tersayang, penonton menunjukkan reaksi dingin mengenainya,

Drama ini nampak sahaja tenang, tapi membawa kisah yang provokatif.

 

Plot sebegini adalah ketinggalan.

 

Bukankan ini cerita yang biasa ditonton tahun 1988?

 

Watak So-hee agak…

 

Bukan kah ini drama tahun 2022?

Bukan itu sahaja, penonton turut menyelar watak Jung Chan-young yang dilakonkan oleh Jeon Mi-do kerana mengambil ringan isu wanita ketiga. Ramai yang tidak memahami logik wanita itu yang menganggap ianya tidak dikira sebagai curang memandangkan dia dan Kim Jin-seok (Lee Moo-saeng) tidak pernah tidur bersama selepas lelaki itu berkahwin. Dalam masa yang sama, dia terus berhubunagn dengan lelaki itu di belakang keluarganya. Sepertinya babak ini mengalu-alukan perbuatan ‘curang’.

jeon mido thirty nine

Meskipun masih di peringkat awal, rata-rata penonton menantikan sama ada akan ada perkembangan kisah yang positif dalam “Thirty, Nine” nanti.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...