Ikuti Kami:

Meski Rating Lagi Tinggi, Netizen Tak Setuju ‘Queen Of Tears’ Lebih Baik Dari ‘Crash Landing On You’

Meski Rating Lagi Tinggi, Netizen Tak Setuju ‘Queen Of Tears’ Lebih Baik Dari ‘Crash Landing On You’

tvN nampaknya terpijak tuah apabila bersetuju membawa “Crash Landing On You” dan “Queen Of Tears” ke saluran mereka.

Selepas mencipta kejayaan pada 2020 dek “Crash Landing On You” yang mencapai rating 21.68% ketika episod akhirnya, saluran itu sekali lagi menempa kegembiraan apabila “Queen Of Tears” mencatatkan rating 24.85% sekaligus mencipta sejarah baru di tvN.

Oleh itu, ada pendapat mengatakan “Queen Of Tears” merupakan naskhah terbaik dari tvN dan lebih menyinar berbanding “Crash Landing On You” namun ada yang menyelar pendapat itu. Kata mereka,

Sejujurnya ‘Queen Of Tears’ tak mampu mendekati langsung ‘Crash Landing On You’, ‘Crash Landing On You’ ditulis dengan baik termasuklah wataknya. Saya merasakan ‘Queen Of Tears’ popular kerana lakonan baik teraju utama yang menghidupkan drama itu tapi plot sebenarnya ditulis dengan buruk…

queen of tears

Tambah yang lain,

  • Saya berhenti di episod ke-4 dan saya seronok menontonnya namun kecewa apabila melihat plot yang merepek.
  • Tak lah, ‘Crash Landing On You’ dah serabut dari episod pertama.
  • Terima kasih jujur, ‘Queen Of Tears’ terlalu hype tanpa sebab.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...