Ikuti Kami:

Meski Rating Biasa, Penonton Beri Respon Positif Buat Episod Awal ‘Yumi’s Cells’

Meski Rating Biasa, Penonton Beri Respon Positif Buat Episod Awal ‘Yumi’s Cells’

Penat tonton drama yang berat dan memeningkan? Mungkin “Yumi’s Cells” adalah jawapan untuk peminat naskhah yang menghiburkan!

Sinopsis

Untuk pengetahuan anda, “Yumi’s Cell” membawa kisah seorang kakitangan pejabat biasa yang memberikan sudut pandangan sel otak di dalam kepalanya yang mengawal setiap fikiran, perasaan dan tindakan.

Permulaan menarik

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini menceritakan mengenai kehidupan Yu-mi yang berkecamuk kerana kisah cintanya yang seperti ‘roller-coaster’. Sudahlah ditinggalkan kekasih hati, perasaan sukanya terhadap rakan sekerja, Choi Woo-gi (Choi Min-ho) terpaksa disorok kemas apabila lelaki itu mengakui menyukai ‘orang lain’.

Walaupun begitu, penonton teruja melihat pertemuan pertama antara Yumi dan Goo-woong (Ahn Bo-hyun) yang berlangsung secara kekok namun menggeletek hati. Walaupun nampak daripada dunia yang berbeza tapi keduanya pasti akan membina hubungan yang mengusik hati nanti.tvn yumi's cells

Rating biasa

Hanya mampu meraih rating sebanyak 2.1% untuk episod pertama dan 2.3% untuk episod seterusnya, “Yumi’s Cells” bagaimanapun menerima respon positif daripada peminat K-Drama.

Rata-rata penonton sangat menyukai karakter sel yang tinggal dalam otak Yu-mi, semuanya comel belaka! Malah efek grafik yang digunakan langsung tidak nampak janggal mahupun ‘murah’. Cara drama ini menyelit di antara ekspresi wajah Yu-mi dan perasaan sebenar setiap sel ini membuatkan ramai yang dapat mengetahui apa yang bermain di fikiran wanita itu sebenarnya.tvn yumi's cells

Memang comel sangat drama ini, tak perlu komedi yang memaksa, anda pasti akan gelak semasa menontonnya. Bahkan lakona Ahn Bo-hyun, Kim Go-eun dan Choi Min-ho juga langsung tak menghampakan!

Jangan terlepas untuk menonton, okay?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...