Ikuti Kami:

Meski Rapat, Ini Sebab Do Kyungsoo EXO Tak Sertai ‘Skuad Jo Insung’ Dalam ‘Unexpected Business 2’

Meski Rapat, Ini Sebab Do Kyungsoo EXO Tak Sertai ‘Skuad Jo Insung’ Dalam ‘Unexpected Business 2’

“Kenapa Do Kyung-soo EXO tak muncul dalam ‘Unexpected Business 2?”

Ini merupakan soalan yang sering diajukan di ruangan komen rancangan itu sejak kebelakangan ini. Siapa yang menonton, pastinya tahu bahawa Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Im Ju-hwan telah menyertai program tersebut sebagai pekerja part-time atas dasar hubungan persahabatan bersama Jo In-sung yang merupakan hosnya.

Disebabkan Do Kyung-soo ataupun D.O yang juga merupakan adik kesayangan mereka, soalan mengenai kemunculannya sering menjadi perbualan ramai.

Untuk pengetahuan, ahli EXO itu berkenalan dengan Jo In-sung dan Lee Kwang-soo menerusi drama “It’s Okay, That’s Love” pada tahun 2014. Kemudian, Lee Kwang-soo memperkenalkan Song Joong-ki dan pelakon “Vincenzo” itu membawa Kim Woo-bin pula ke dalam skuad mereka. Sebab itulah, ramai yang tertanya-tanya mengenai kemunculan DO Kyung-soo di dalam rancangan itu.

skuad jo insung

Menurut laporan, D.O hampir sahaja membuat kemunculan di dalam rancangan itu tapi dia terpaksa menolaknya memandangkan jadual yang bertindih dengan filem yang bakal ditayangkan nanti iaitu “Secret”.

Khabarnya, idola itu sudah meneliti tawaran “Unexpected Business 2” supaya mungkin dapat muncul walaupun hanya seketika tetapi ianya tidak dapat dimakbulkan memandangkan filem itu yang perlu merakamkan babak akhir di set pada ketika itu.

Pun begitu, peminat D.O tak perlu khuatir kerana dia mempunyai pelbagai projek yang akan ditayangkan pada tahun ini iaitu filem “Secret” dan “The Moon” serta drama “True Swordsmanship”.

do kyungsoo

Hubungan antara pelakon ini memang dicemburui ramai kerana mereka sering menghabiskan masa bersama malah pernah bercuti di Jepun sekali. Tak cukup dengan itu, Kim Woo-bin dan Lee Kwang-soo tak pernah lekang daripada mempromosikan lagu solo D.O dan juga EXO sama ada menerusi tembual atau di media sosial.

Seronok tengok hubungan akrab mereka!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...