Ikuti Kami:

Meski Raih Rating Rendah, ‘If You Wish Upon Me’ Tamat Dengan Pujian Penonton

Meski Raih Rating Rendah, ‘If You Wish Upon Me’ Tamat Dengan Pujian Penonton

Ada tak yang bersedih sebab drama “If You Wish Upon Me” telah menamatkan tayangan kelmarin.

Sinopsis

Cerita menyentuh hati ini membawa kisah seorang lelaki muda yang ditolak ke hadnya kerana kesusahan hidup dan diminta ke pusat jagaan hospis oleh perkhidmatan komuniti dan menyertai kakitangan hospital, untuk memastikan impian para pesakit menjadi kenyataan di penghujung hidup mereka.

Ada pengakhiran dan permulaan

[Amaran SPOILER]

Meskipun tahu bahawa masanya sudah tidak panjang, Kang Tae-shik (Sung Dong-il) tetap memberi keutamaan buat Yoon Gyeo-rye (Ji Chang-wook) agar dapat menyambut hari jadinya di tepi pantai yang merupakan tempat lelaki itu pernah cuba mengambil nyawanya sendiri dahulu.

kbs of you wish upon me

Kemudian, Yoon Gyeo-rye memulakan kehidupan baru dan mengambil alih tugasan Kang Tae-shik selepas lelaki itu mati. Bahkan dia mengikut rutin yang sama yang diikuti lelaki tua tersebut semasa dia masih hidup.

Paling menyejukkan hati, lelaki berkenaan dilihat bahagia bersama Seo Hyun-joo (Choi Soo-young) dan mereka sepertinya melalui pelbagai kejutan dalam hidup apabila penghujung cerita menampilkan watak seorang wanita (Lee Yoo-mi) dengan pakaian yang ‘rugged’ dan sepertinya bakal membawa ‘masalah’ buat pasukan Genie.

Rating rendah

Walaupun menampilkan rating yang menggusarkan sejak awal tayangan, “If You Wish Upon Me” berjaya menarik perhatian segelintir penonton K-Drama yang meminati naskhah bertemakan kemanusiaan.

kbs if you wish upon me

Bermula dengan catatan 3%, drama KBS ini berterusan menunjukkan penurunan rating sehingga ke penghujungnya. Malah ianya berlegar dengan catatan 1% sahaja sebelum menamatkan tayangan bersama angka 2%.

Okay tak drama ni korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...