Setelah lama menanti, BIGBANG akhirnya telah mengeluarkan lagu baru buat peminat berjudul “Home Sweet Home”!
Namun menurut laporan, lagu tersebut dilarang untuk dimainkan menerusi saluran KBS selepas melalui proses semakan muzik.
Hal ini kerana, lirik lagu untuk “Home Sweet Home” ada menyebut nama jenama untuk produk tertentu.
Sementara itu, G-Dragon, Taeyang dan Daesung kali pertama telah mempersembahkan lagu “Home Sweet Home”, menerusi persembahan kejutan mereka di pentas MAMA 2024 pada dua minggu yang lalu.
Takpelah dengar kat YouTube je lah..