Meskipun dengan penampilannya yang mewah dan glamor di atas pentas, Lisa BLACKPINK memang sentiasa rendah diri dalam kehidupan sebenar.

Baru-baru ini, Lisa telah pergi bercuti bersama rakan-rakannya di Vietnam dan mendapat perhatian ramai dari penduduk tempatan.
Khususnya, ketika idola itu dalam perjalanan pulang ke Thailand, dia dilihat menaiki syarikat penerbangan tambang murah dan tidak memilih untuk duduk di bahagian business class. Sebaliknya, Lisa juga tunggu dan berdiri dalam barisan untuk proses check-in seperti orang biasa.
Umum pasti mengetahui bahawa Lisa adalah salah seorang idola K-Pop yang meraih pendapatan tertinggi kini namun, dia nampaknya masih kekal rendah diri dan membuatkan ramai peminat lebih memujanya.
#LISA was seen at Tan Son Nhat International Airport leaving Vietnam to return to Thailand. pic.twitter.com/NJlUhV7Yi6
— Eneng Rolista (@Enengrolista24) October 18, 2023
Komen peminat,
Walaupun dah popular, Lisa nampaknya masih mengekalkan persahabatan dengan rakan lamanya.
Dia seorang yang setia.
Lisa tetap nampak menyerlah walaupun dia hanya berpakaian kasual.
Lisa memang cool.
Cayalah Lisa!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.