Ikuti Kami:

Meski Popular Kini, Penonton ‘Little Women’ Kritik Beberapa Babak Ini Tak Masuk Akal

Meski Popular Kini, Penonton ‘Little Women’ Kritik Beberapa Babak Ini Tak Masuk Akal

Merupakan antara drama paling ‘hot’ kini, ada sesetengah penonton yang membangkitkan rasa geram kerana beberapa perkembangan plotnya.

Antara persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah ‘Benarkan Jin Hwa-young (Chu Ja-hyun) benar-benar hidup di Singapura selepas pembedahan plastik?’. Penonton turut memikirkan sama ada ‘Ini hanyalah pelan balas dendam Won Sang-ah (Uhm Ji-won) terhadap suaminya, Park Jae-sang? (Uhm Ki-joon) ‘. Setiap klu yang ditinggalkan membuatkan semua membuat teori sendiri bagi merasionalkan perkembangan plot berkenaan.

Rating hampir mencecah 8% dalam 4 episod sahaja, plotnya kian menebal apabila Oh In-ju (Kim Go-eun) ke Singapura dengan dana berjumlah 65 bilion won di bawah namanya.

tvn little women

Disebabkan oleh beberapa persoalan yang dibangkitkan, ada penonton yang mempertikaikan kejadian yang tak masuk akal di dalam “Little Women”. Salah satu daripadanya ialah apabila Oh In-ju yang bersetuju untuk dipukul oleh Go Su-im (Park Bo-kyung) bagi mendapatkan 100 milion won untuk wang pembedahan adiknya. Kata penonton, babak ini nampak terlalu memaksa dan mustahil dalam dunia sebenar.

Selain itu, penonton turut hairan dengan pertanyaan Won Sang-ah buat Oh In-hye (Park Ji-hu) iaitu ‘Awak pandai menyimpan rahsia tak?’. Kata mereka, drama ini sepatutnya memberikan lebih banyak penjelasan mengenai naratif setiap watak berbanding cuba mementingkan seni sahaja.

Saya tak dapat merasai ketegangan ruang rahsia tersebut dan ianya dipaparkan seperti fantasi, jadi ianya kurang realistik.

tvn little women

Dalam pada itu, dalam episod dua di mana Oh In-ju mendedahkan kecurangan seorang staf wanita dalam jabatannya merupakan antara babak yang menyenangkan namun agak kecewa kerana ia kelihatan sama dengan satu babak dalam drama “My Mister”.

Pun begitu, “Little Women” terus dibanjiri dengan pujian dek plot yang membuatkan penonton terus kekal di hadapan televisyen selain mahu menyaksikan sama ada Oh in-ju berjaya mengubah nasib keluarganya dengan wang itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...