Ikuti Kami:

Meski Plot Dikritik, Yoona Ucap Terima Kasih Dek ‘King The Land’ Raih No 1 Di Ranking Netflix Global

Meski Plot Dikritik, Yoona Ucap Terima Kasih Dek ‘King The Land’ Raih No 1 Di Ranking Netflix Global

Sepertinya ramai yang ‘demam’ drama romantik Korea sekarang ini, sebab itu drama seperti “King The Land” dan “See You In My 19th Life” mendapat rating yang baik.

Terbaru, Netflix telah berkongsi senarai populariti bagi kategori TV bukan bahasa Inggeris. Dalam senarai itu, “King The Land” menduduki tangga pertama dengan 4.7 juta tontonan dan 65.1 juta jam tontonan dari tempoh 17 ke 23 Julai.

Ini merupakan kali pertama drama Korea menduduki takhta tertinggi senarai berkenaan selepas rekod yang dicatatkan “Extraordinary Attorney Woo” pada tahun lalu.

Bukan itu sahaja, drama ini turut mendapat tempat pertama di Netflix pelbagai negara seperti Indonesia, Malaysia, Filipina dan Vietnam, Brazil, Chile, El Salvador dan Peru. Malah ia turut tersenarai tinggi di negara seperti Mexico, Argentina, Mesir, Portugal dan Jepun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @yoona__lim

Ulas teraju utamanya, Yoon-a dek kejayaan itu,

Terima kasih lagi buat sokongan dan kasih sayang buat ‘King The Land’.

Bagi yang tidak mengetahui, “King The Land” membawa kisah seorang lelaki kaya yang bencikan senyuman palsu mula berubah selepas berkenalan dengan seorang wanita biasa yang sentiasa tersenyum.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...