Ikuti Kami:

Meski Muncul Sekejap, Ramai Setuju Lakonan Yeon Hyeran Dalam ‘When Life Gives You Tangerines’ Layak Terima Anugerah

Meski Muncul Sekejap, Ramai Setuju Lakonan Yeon Hyeran Dalam ‘When Life Gives You Tangerines’ Layak Terima Anugerah

Baru sahaja ditayangkan, drama “When Life Gives You Tangerines” dah berjaya mencuri perhatian ramai.

Diterajui IU dan Park Bo-gum, drama ini menceritakan kisah hidup Ae-soon dan Gwan-shik, yang dilahirkan di Pulau Jeju pada tahun 1950-an.

Dalam drama ini, Yeom Hye-ran juga turut tampil dengan wataknya sebagai Jeon Gwang-rye iaitu ibu kepada Ae-soon (IU), yang menanggung banyak beban untuk menjaga suaminya yang sakit, ibu bapa yang dibelenggu hutang dan banyak lagi.

Khususnya, lakonan Yeom Hye-ran telah dipuji ramai kerana dia berjaya menghidupkan wataknya sehingga membuatkan penonton tersentuh.

when life gives you tangerines

Meskipun babaknya tidak banyak dalam empat episod pertama yang dikeluarkan, watak Jeon Gwang-rye pastinya telah meninggalkan impak sekaligus meraih reaksi baik untuk episod awal yang ditayangkan.

Sementara itu, “When Life Gives You Tangerines” telah berjaya tersenarai dalam Top 10 Rancangan TV Netflix di pelbagai negara termasuklah Malaysia.

Korang dah layan ke drama ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Celeb Media

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...