Ikuti Kami:

Meski Lawan Acara Pembukaan Olimpik Tokyo, ‘The Sixth Sense 2’ Berjaya Raih Rating Tertinggi

Meski Lawan Acara Pembukaan Olimpik Tokyo, ‘The Sixth Sense 2’ Berjaya Raih Rating Tertinggi

“The Sixth Sense” memang serius kelakar ya, dah masuk musim kedua pun masih kelakar dan menarik setiap episodnya.

Meskipun banyak program TV dibatalkan siaran pada Jumaat lalu bagi memberi laluan kepada acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 namun program kelolaan tvN itu meneruskan tayangannya seperti biasa.

Pun begitu, episod ke-5 “The Sixth Sense 2” baru-baru ini yang menampilkan Jun-ho 2PM sebagai tetamu menunjukkan prestasi yang baik. Ini kerana rating yang dicapai adalah yang paling tinggi buat musim ini iaitu 3.272%. Hebat kan?

tvn the sixth sense 2Untuk pengetahuan anda, program ini menayangkan premis di mana kesemua ahlinya dan tetamu perlu menggunakan deria ke-6 mereka untuk mengenali yang mana palsu di antara yang benar. Ianya dipelopori oleh Yoo Jae-suk, Jessi, Jun So-min, Mi-joo (Lovelyz), Oh Na-ra dan Lee Sang-yeob.

Memang kalakar habis, jadi korang kena menontonnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...