Ikuti Kami:

Meski Kurang Aktif, Jimin Jadi Ahli BTS Miliki Kadar Penglibatan Tertinggi Di Instagram

Meski Kurang Aktif, Jimin Jadi Ahli BTS Miliki Kadar Penglibatan Tertinggi Di Instagram

Ji-min jadi ahli BTS yang mempunyai kadar penglibatan tertinggi daripada pengikutnya, iaitu sebanyak 47.78% di Instagram.

‘Social Tracker’, platform untuk trek statistik di media sosial, meletakkan Ji-min di kedudukan teratas dengan kadar penyertaan tertinggi antara kalangan ahli BTS, menggunakan data yang dikumpul dalam tempoh dua minggu yang berakhir pada 7 Januari. Kadar penyertaan menunjukkan bilangan pengikut yang berinteraksi secara aktif dengan kandungan daripada akaun Instagram Ji-min, seperti dengan menyukai atau komen pada entri yang dibuat.

Keputusan ini membuktikan populariti Ji-min sekali lagi, terutamanya kerana Ji-min adalah ahli paling kurang aktif di platform itu, dengan hanya tujuh entri setakat ini.

Selain itu, Ji-min juga telah melepasi 27.4 juta pengikut di Instagram dan merupakan ahli BTS ketiga yang paling banyak diikuti. Dia juga memperoleh bilangan pengikut yang tinggi setiap hari walaupun tanpa sebarang aktiviti pada akaun. Contohnya pada 19 Disember, Ji-min telah memperoleh lebih 166K pengikut, dengan akaun yang mempunyai hanya dua entri ketika itu. Walaupun bukan ahli yang paling banyak diikuti, Ji-min, bagaimanapun, memegang rekod sebagai individu paling banyak disebut di dunia di Instagram, dengan hashtag #jimin telah melepasi 66 juta entri pada 6 Disember. Rekod ini juga mencerminkan keputusan analisis kadar penglibatan pada akaunnya.

Wah. Tahniah Ji-min!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...