Ikuti Kami:

Meski Ketuai Carta, 5 Lagu & Muzik Video Popular Ini Telah Diharamkan Tayang Di Stesen TV Korea

Meski Ketuai Carta, 5 Lagu & Muzik Video Popular Ini Telah Diharamkan Tayang Di Stesen TV Korea

Terdapat banyak lagu telah diharamkan untuk disiarkan di beberapa stesen TV Korea.

Tak semua lagu serta muzik video yang dikeluarkan oleh bintang-bintang K-Pop boleh ditayangkan di kaca TV Korea. Malah, banyak lagu-lagu terkenal yang sering mengetuai carta lagu sebenarnya diharamkan untuk ditayangkan di stesen TV, terutamanya di KBS.

Antaranya,

1. BTS – Run BTS & Born Singer

Dikeluarkan pada tahun 2022, lagu “Run BTS” dan “Born Singer” telah dilarang untuk disiarkan di kaca TV kerana mengandungi lirik dengan bahawa yang kasar. Khususnya, beberapa lirik dalam dua lagu tersebut mengandungi cacian dan perkataan kesat.

2. BLACKPINK – Boombayah

Meskipun “Boombayah” merupakan lagu kemunculan sulung BLACKPINK yang berjaya mendapat lebih 1 bilion tontonan, lagu tersebut telah diharamkan dari stesen TV. Ianya kerana lagu ini mempunyai lirik yang kedengaran kasar seperti “middle finger up” dan menyebut jenama alkohol.

3. BIGBANG – Fxxk IT

BIGBANG telah mengeluarkan “Fxxk It” pada tahun 2016. Selain daripada mengandungi lirik dengan unsur negatif seperti “yangachi” yang membawa maksud ‘samseng’, tajuk lagu ini juga telah menjadi salah satu sebab utama mengapa lagu ini diharamkan.

4. Jimin (BTS) – Like Crazy

Jimin telah melakukan kemunculan sulung sebagai penyanyi solo pada tahun 2023. Walaupun berjaya mengetuai carta tertinggi dengan album “FACE”, beberapa buah lagu dalam album tersebut, termasuk muzik videonya “Like Crazy” telah dianggap tidak sesuai untuk disiarkan di KBS.

5. (G)I-DLE – Wife

(G)I-DLE telah kembali dengan single “Wife” pada Januari 2024. Sejurus selepas ianya dikeluarkan, beberapa lirik yang berunsur provokatif seperti “berhenti lap air liur awak” dan “sentuh lidah saya” telah ditapis. Malah, muzik video mereka turut diharamkan untuk disiarkan di stesen TV kerana terlalu seksual.

Patut la jarang nampak lagu-lagu ni dekat KBS…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...