Bukan senang apabila seorang pelakon tiba-tiba membuat keputusan untuk melompat memasuki dunia perniagaan.
Semenjak hujung tahun lalu, Song Ji-hyo mendedahkan bahawa dia kini merupakan CEO untuk jenama pakaian dalam wanita iaitu nina.ssong.
Walaupun berusaha hampir 8 tahun untuk merealisasikan impian itu, namun ahli “Running Man” berkenaan mengalami kesukaran selepas pelancaran apabila mengakui bahawa dia hanya menerima beberapa helai tempahan sahaja.
View this post on Instagram
Namun begitu, ia sepertinya tidak mematahkan semangat wanita tersebut apabila dia dilihat terus memuat naik foto di mana dia giat melakukan penambahbaikan di belakang tabir bersama kain serta ukuran untuk memastikan keselesaan pengguna.
Gigih kan Song Ji-hyo?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.