Ikuti Kami:

Meski Diterajui Pelakon Popular, Ini Sebab ‘A Good Day To Be A Dog’ & ‘The Killing Vote’ Raih Rating Rendah

Meski Diterajui Pelakon Popular, Ini Sebab ‘A Good Day To Be A Dog’ & ‘The Killing Vote’ Raih Rating Rendah

Pelbagai drama sedang ditayangkan kini, “A Good Day To Be A Dog” dan “A Killing Vote” nampaknya kurang menerima sambutan penonton.

Drama “A Good Day To Be Dog” yang diterajui Cha Eun-woo dan Park Gyu-young telah pun bersiaran sebanyak 6 episod kini namun hanya menunjukkan rating yang mendatar iaitu kurang dari 3%.

Begitu juga “The Killing Vote” yang telah menamatkan siaran pada 16 November dengan rating hanya 3.1%. Nampaknya, pelakon popular seperti Lim Ji-yeon dan Park Hae-jin tidak dapat meraih perhatian penonton.

Oleh itu, laporan menyatakan bahawa keputusan SBS dan MBC untuk menyiarkan hanya satu episod setiap minggu buat drama tersebut tidak menghasilkan keputusan yang bagus malahan, mudah membuatkan penonton hilang minat.

a good day to be a dog killing vote

Tambahan pula, kedua drama itu terpaksa berhadapan cabaran di mana tayangannya harus dibatalkan kerana siaran acara besbol profesional. Dengan ini, penonton harus menunggu selama 2 minggu untuk episod baru.

Mengenai situasi ini, seorang pegawai penyiaran mengulas,

Memandangkan laman penyiaran (Netflix, Viu, dll) terus berkembang, penonton semakin terbiasa menonton semula drama. Oleh itu, penyiaran satu episod setiap minggu bukanlah cara cekap untuk menyelaikan krisis yang dihadapi oleh penyiar terestrial.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...