Filem “Wonderland” gagal menarik perhatian penonton Korea.
Meski diterajui oleh nama-nama hebat seperti Tang Wei, Park Bo-gum, Suzy, Choi Woo-shik dan ramai lagi namun naskhah berkenaan menerima reviu negatif dari penonton seperti “ianya hanya filem dipenuhi visual”.
Setakat ini, “Wonderland” berada di kedudukan yang agak rendah dalam ranking box-office dengan 12,872 purata penonton sehari dan jumlah kumulatif ialah 549,508 setakat ini. Ianya mengalami kesukaran untuk mencapai titik pulangan modal iaitu 2.9 juta.
Filem ini mengisahkan tentang perkhidmatan ‘Wonderland’, di mana ia membolehkan pengguna bersatu semula dengan orang tersayang yang telah meninggal dunia melalui panggilan video.
Kenapa agaknya?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.