Ikuti Kami:

Meski Disaman, Kim Soohyun Semakin Kaya Berjuta Ringgit Kini

Meski Disaman, Kim Soohyun Semakin Kaya Berjuta Ringgit Kini

Keadaan kewangan pelakon Kim Soo-hyun menjadi perhatian umum susulan imejnya yang semakin merosot dan laporan mengenai penarikannya dari beberapa projek selepas kontroversi yang melibatkan dirinya dan pelakon Kim Sae-ron terbongkar.

Namun begitu, laporan media tempatan menyatakan bahawa nilai kekayaan Kim meningkat mendadak sebanyak jutaan dolar disebabkan hartanah miliknya, iaitu kediamannya di kompleks mewah Galleria Foret di Seoul.

Menurut data yang didedahkan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur, dan Pengangkutan Korea Selatan, sebuah unit berkeluasan 195 meter persegi di Galleria Foret telah dijual pada harga 9 bilion KRW (RM27.4 juta)) pada 3 April. Harga ini merupakan peningkatan sebanyak 5.3 bilion KRW (RM16.3 juta) berbanding nilai pada tahun 2020, iaitu ₩3.70 bilion KRW (RM8 juta).

kim soohyun

Kim Soo-hyun merupakan antara selebriti paling terkenal yang menetap di kompleks tersebut, dan dilaporkan memiliki tiga unit yang dibeli pada tahun 2013, 2014, dan 2023. Maka, peningkatan nilai keseluruhan hartanah miliknya dijangka mencecah puluhan juta.

Sementara itu, Kim Soo-hyun kini sedang disaman oleh beberapa pihak penaja dengan jumlah kerugian terkumpul melebihi RM17 juta.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Sports Hankyung

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...