Bukan senang nak cari K-Drama yang betul-betul kelakar dan menyenangkan hati.
Pun begitu, kehadiran “Miss Night And Day” dalam lambakan drama serius kini membuatkan ramai penonton yang menyambut baik naskhah komedi fantasi tersebut di mana ia membawa kisah seorang wanita muda yang berubah tua semasa pagi menjelma.
Meraih rating tinggi hingga mencecah 7.6% minggu lalu, drama lakonan Choi Jin-hyuk dan Eunji APINK itu bagaimanapun menyaksikan penurunan mendadak kepada 5.5% ketika episod semalam.
Meskipun dipuji hebat namun “Miss Night And Day” sepertinya tidak dapat mengekalkan momentum ratingnya. Namun ia mungkin disebabkan terlalu banyak drama ditayangkan dalam slot yang sama.
Terutamanya drama pilihan ramai iaitu “Connection” melabuhkan tirai kelmarin selain mencapai rating tertinggi untuk episod akhirnya. Malah “The Auditors” lakonan Shin Ha-kyun dan Jin Goo turut menayangkan episod pertama kelmarin lantas menambahkan persaingan rating yang sengit.
Sama-sama kita nantikan catatan rating drama itu pada episod seterusnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.