Ikuti Kami:

Meski Dipuji Penonton, ‘Unlock The Boss’ Tamat Dengan Rating 1% Sahaja

Meski Dipuji Penonton, ‘Unlock The Boss’ Tamat Dengan Rating 1% Sahaja

Sedih rasanya apabila drama “Unlock The Boss” menamatkan tayangannya kelmarin.

Sinopsis

Drama “Unlock The Boss” ini mengisahkan mengenai kerjasama hibrid antara bos yang terperangkap dalam telefon pintar dan secara kebetulan terdapat seorang pelajar yang sedang mencari pekerjaan mengambil telefon pintar aneh tersebut.

Bahagia akhirnya

Kumpulan Bumyoung merudum dan Mi-ran (Lee Sang-hee) akhirnya meringkuk di penjara dek perbuatan jahatnya. Manakala In-sung (Chae Jong-hyeop) pula kembali ke ‘habitat’ asal di mana dia sedang mengejar impian sebagai pelakon kini. Lebih mengujakan apabila In-sung dan Se-yeon (Seo Eun-soo) bahagia bersama kini walaupun cuba menyembunyikan perasaan mereka pada awalnya.

unlock the boss

Rating biasa

Sejak dari awal, “Unlock The Boss” hanya mampu berpuas hati dengan rating 0% ke 1% sahaja. Walau bagaimanapun, episod akhirnya berjaya mencapai rating tertinggi dalam rekod siri itu dengan angka 1.450%.

Korang dah habis layan ke?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...