Ikuti Kami:

Meski Dipenuhi Babak Klisé, ‘A Business Proposal’ Terus Raih Rating Tinggi

Meski Dipenuhi Babak Klisé, ‘A Business Proposal’ Terus Raih Rating Tinggi

Tidak dinafikan bahawa “A Business Proposal” merupakan drama yang menjadi sumber tawa peminat K-Drama kini.

Hanya tinggal dua episod lagi, naskhah komedi romantik ini terus membuktikan kepopularitiannya apabila berjaya meraih rating tertinggi sepanjang tayangan menerusi episod ke-9 dan 10 baru-baru ini dengan rekod 11.6%.

Umum mengetahui bahawa “A Business Proposal” membawa kandungan yang biasa dilihat dalam drama romantik sebelum ini iaitu percintaan antara lelaki kaya dan wanita biasa. Meskipun klisé, namun ianya tetap mendapat sambutan ramai kerana lakonan teraju utama yang mantap selain plotnya yang ringan.

sbs a business proposal

[Amaran SPOILER]

Dalam episod terbaru, “A Business Proposal” tidak lari daripada babak klisé di mana Shin Ha-ri diminta untuk memutuskan hubungan mereka oleh datuk Kang Tae-mu manakala lelaki itu pula digambarkan mengalami kemalangan jalan raya.

Sepertinya babak ini menyebabkan penonton melepaskan nafas panjang memandangkan mereka memilih untuk menyelitkan babak yang sudah tidak relevan pada tahun 2022 iaitu halangan keluarga kerana perbezaan darjat.

a business proposal klise

Antara komen penonton,

Plot ibu bapa kaya yang menolak wanita biasa patut dihentikan kini, tiada beza langsung dengan kisah dahulu.

 

Sama seperti ‘Cinderella And The Four Knights’. Ada juga babak datuk menghalang hubungan mereka, kemudian si cucu terlibat kemalangan. Apabila si wanita menjaga lelaki itu dengan baik di sisinya, baru datuknya memberikan kebenaran untuk mereka bersama.

 

Ini lah plotnya apabila bercinta dengan anak orang kaya.. jangan bercinta lain kali.. tak original langsung.

 

Tak kan mereka akan ikut plot hilang ingatan kot?

Walau bagaimanapun, rata-rata penonton yakin bahawa “A Business Proposal” bakal berakhir dengan plot yang memuaskan pada minggu hadapan.

Pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...