Seronok lah sebab banyak K-Drama romantik yang menghiburkan sekarang!
Walaupun bermula dengan rating 5.075% sahaja selain dibanjiri kritikan dek plot ‘lama’ dan klise, “King The Land” berjaya membuktikan bahawa naskhah itu sebenarnya disukai ramai.
Menurut Nielsen Korea, episod ke-6 yang bersiaran kelmarin mencapai rating 12.017% sekaligus menjadi rekod terbaik buat drama berkenaan selain ia juga merupakan kali pertama siri diterajui Yoon-a Girls’ Generation dan Jun-ho 2PM itu mencapai dua angka.
Dalam episod terbaru ini, Goo Won (Jun-ho) yang menyedari cintanya terhadap Cheon Sa-rang (Yoon-a) terus melalukan pelbagai cara untuk mendekati wanita itu.
Senyum je tau bila tonton drama ini~
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉