Setelah lama menanti, pasti ramai peminat seronok selepas BLACKPINK mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan konsert jelajah dunia di Kuala Lumpur pada 2023 nanti.
Bagaimanapun, selepas info mengenai harga tiket dikongsi oleh penganjur, peminat rata-rata terkejut dengan harga yang dijual dari RM388 hingga hampir cecah RM2,000.
Untuk pengetahuan, tiket konsert BLACKPINK ‘BORN PINK in Kuala Lumpur’ telah mula dijual pada 15 November bagi mereka yang mempunyai keahlian Weverse, dan dijual kepada orang awam pada 17 November hari ini.
https://twitter.com/BBU_BLACKPINK/status/1593076360066760704?s=20&t=fVKyh9-we2vhh_xUnnOVjA
Mengejutkan, kurang dari 1 jam selepas waktu jualan dibuka, kesemua tiket telah pun habis dijual!
Antara komen yang ditulis peminat di laman Twitter:
Mana yang kata tak ada duit haritu? Kenapa sold out juga ni..
Orang Malaysia ni memang betul-betul kaya.
Nak hari kedua, please!
Haaa korang dapat beli tak?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.