Ikuti Kami:

Meski Dibarisi Pelakon Popular, Drama ‘Connect’ Dikritik Atas Beberapa Sebab Ini

Meski Dibarisi Pelakon Popular, Drama ‘Connect’ Dikritik Atas Beberapa Sebab Ini

Korang dah layan ke drama baru Disney+ “Connect”?

Bagi yang belum tahu, “Connect” yang diterajui Jung Hae-in, Go Kyung-pyo dan Kim Hye-jun, membawa kisah mengenai Dong-soo, yang diculik oleh pemburu organ dalaman dan telah kehilangan sebelah matanya. Kemudian, dia mendapati bahawa matanya telah ditransplan kepada seorang pembunuh bersiri dan dia tekad untuk mencari pembunuh tersebut.

Meskipun mempunyai plot yang mendebarkan dan dibarisi pelakon-pelakon hebat, drama “Connect” nampaknya tidak mampu untuk memikat hati penonton sehingga tamat atas beberapa sebab ini.

Pertama sekali, memandangkan drama ini diarahkan oleh pengarah Jepun Takashi Miike dan penulis skrin Nakamura Masaru, penonton perasan bahawa ada sesetengah dialog diterjemahkan secara terus daripada bahasa Jepun dan kedengaran janggal dalam bahasa Korea.

disney+ connect

Selain itu, siri tersebut dipercayai mempunyai plot yang tidak konsisten. Pada awal episod, Dong-soo (Jung Hae-in) digambarkan sebagai seorang yang tidak mempunyai kebolehan untuk bertarung, namun di tengah episod, dia mengelak penumbuk seolah-olah dia mempunyai bakat terpendam dalam pertarungan.

Bukan itu sahaja, pada awalnya, Dong-soo juga dikatakan mampu berkongsi hubungan penglihatannya dengan Jin-seop (Go Kyung-pyo) melalui matanya yang dicuri. Bagaimanapun pada separuh kedua plot, kedua-dua mereka bahkan menyerang otak masing-masing dan berkomunikasi melalui pemikiran mereka. Butiran sedemikian dipercayai memberi gambaran bahawa plot drama ini tidak teratur dan kelihatan mendadak.

Tambahan, drama ini juga dianggap berakhir dengan plot mendesak, memandangkan ia hanya mempunyai 6 episod secara keseluruhan.

disney+ connect

Dengan ini, penonton berharap agar “Connect” akan kembali dengan musim ke-2, dengan  jalan cerita yang lebih baik dan tersusun.

Hmm..apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...