Ikuti Kami:

Meski Dibarisi Pelakon Hebat, Rating ‘You Are My Spring’ Jatuh Ke Lingkungan 1%

Meski Dibarisi Pelakon Hebat, Rating ‘You Are My Spring’ Jatuh Ke Lingkungan 1%

Semakin lama, semakin menurun nampaknya prestasi drama “You Are My Spring”.

Sinopsis

Digambarkan sebagai drama ‘romantik penyembuhan’, ia akan membawa kisah mengenai sekumpulan individu yang tinggal dalam bangunan yang mempunyai kes pembunuhan dahulu dan mereka semua menjalani kehidupan dewasa namun hati kesemuanya kekal terperangkap ketika zaman kanak-kanak dek trauma masing-masing.

Rating jatuh

Meskipun dibarisi pelakon hebat dan ternama seperti Seo Hyun-jin, Kim Dong-wook, Yoon Park dan Nam Gyu-ri tapi nampaknya ia tidak mampu menjanjikan rating yang baik.

tvn you are my spring

Kian menurun daripada rating awalnya, “You Are My Spring” jatuh ke rekod yang membimbangkan apabila episod ke-8 yang ditayangkan baru-baru ini hanya mampu meraih catatan 1.989%. Sekaligus ianya menjadi catatan terendah yang pernah direkodkan oleh drama itu selain merupakan pertama kali angka pertamanya hanya mampu mencatat nombor 1.

Tidak pasti di mana silapnya, namun diharap agar “You Are My Spring” akan bangkit pada tayangan separuh keduanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...