Ikuti Kami:

Meski Dibarisi Pelakon Hebat, Rating ‘Lost’ Kekal Dalam Lingkungan 1% Sahaja

Meski Dibarisi Pelakon Hebat, Rating ‘Lost’ Kekal Dalam Lingkungan 1% Sahaja

Dibarisi pelakon hebat dan berbakat, namun “Lost” sepertinya gagal untuk menggenggam hati orang ramai setakat ini.

Drama ini membawa kisah seorang wanita 40 tahun yang bekerja sebagai ‘penulis hantu’ dan merasa hilang dalam arus kehidupan. Manakala seorang lelaki berusia 27 tahun pula menyimpan rasa takut dia tidak akan dapat mencapai apa-apa dalam hidupnya.

Pernah menjejaki rating 3% sebelum ini namun drama lakonan Ryu Jun-yeol dan Jeon Do-yeon ini hanya mampu berpuas hati dalam lingkungan 1% selepas memasuki epsod ke-10 kini. Bahkan rekod terendah yang dicatatkannya ialah 1.168% yang kian menghampiri angka 0.

jtbc lost

Ramai mengatakan bahawa suasana “Lost” yang gelap dan murung sejak awal tayangan tidak berjaya menyentuh hati penonton dan buat mereka memahami dengan perasaan yang dilalui setiap watak. Jikalau ada yang dapat merasai perasaan watak yang sebenar, sudah pasti ramai yang menontonnya namun kebanyakan gagal untuk mendalami maksud yang tersirat itu.

Apa pula pendapat anda mengenai drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...