Ikuti Kami:

Meski Antara Watak Penting, Ini Sebab Ham Sungmin Tak Sertai Promosi ‘All Of Us Are Dead’

Meski Antara Watak Penting, Ini Sebab Ham Sungmin Tak Sertai Promosi ‘All Of Us Are Dead’

Tak dapat dinafikan bahawa kesemua pelakon “All Of Us Are Dead” mendapat perhatian ramai kan?

Meskipun peminat dibanjiri berita mengenai Park Ji-hu, Lomon, Jo Yi-hyun, Yoon Chan-young, Yoo In-soo, Lee Yoo-mi, Lee Eun-saem, Ha Seung-ri dan lain-lain selepas berita itu bersiaran namun tiada langsung promosi dari Ham Sung-min yang membawa watak Gyeong-su.

Dek tanda tanya ramai, pelakon lelaki itu akhirnya menjawap persoalan mengenai keberadaan dirinya kini menerusi sebuah entri di Instagram.

ham sungmin

Katanya,

Saya mahu memuat naik banyak gambar di sini tapi… rasanya tak boleh! Saya akan menamatkan latihan pada November!

Rupanya Ham Sung-min sedang menjalani latihan ketenteraan kini dan dia merupakan anggota di bawah pasukan khas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 함성민 (@hsm_0314_vv)

Untuk pengetahuan, “All Of Us Are Dead” mengisahkan sekumpulan pelajar yang cuba menyelamatkan diri apabila sekolah mereka diserang wabak zombi.

Semoga berkhidmat dengan selamat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...