“Missing Crown Prince” mengalami penurunan kecil dalam rating penonton selepas tayangan dua episod awal.
Menurut Nielsen Korea, episode kedua drama MBN ‘”Missing Crown Prince” yang disiarkan sehari sebelumnya mencatatkan 1.0% untuk bahagian pertama dan 1.1% untuk bahagian kedua berdasarkan kiraan rumah berbayar di serata negara.
Dibandingkan dengan rating 1.5% pada episod pertama ditayangkan, terjadi penurunan sekitar 0.4%, lantas drama ini sepertinya kekal dalam lingkungan 1% buat masa ini.
Ia drama komedi romantis era Joseon yang mengisahkan tentang seorang putra raja yang menjadi pelayan untuk wanita yang akan menjadi ratu. Selain Suho EXO, drama ini turut dibintangi Hong Ye-ji, Myung Se-bin, Kim Joo-hun, dan Kim Min-kyu.
Korang dah layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.