Meski Ada Ramai Selebriti Hebat, ‘IN THE SOOP : Friendcation’ Tamat Dengan Rating Rendah
- oleh Fareen
- 4 tahuns lalu
Setelah 4 episod disiarkan, rancangan “IN THE SOOP : Friendcation” telah pun tamat.
Untuk pengetahuan, “IN THE SOOP : Friendcation” menunjukkan V BTS, Park Seo-joon, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik dan Peakboy, atau dikenali sebagai ‘Wooga Squad’, memulakan perjalanan bersama selama empat hari.
Menurut Nielsen Korea, episod terakhir “IN THE SOOP : Friendcation” yang disiarkan pada 12 Ogos telah mencatatkan rating 0.6% dalam penilaian penonton seluruh negara.
Ini adalah penurunan daripada rating episod pertama iaitu sebanyak 1.3% dan ianya tamat selepas 4 episod ditayangkan.

Dalam pada itu, “IN THE SOOP” ialah siri realiti yang dihasilkan oleh HYBE Labels. Ia memberi peluang buat artis untuk ‘lari’ dari jadual sibuk mereka dan mencari penyembuhan di tengah-tengah alam semula jadi.
Korang layan tak program ni?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




