Ikuti Kami:

Meski Ada Girls’ Generation, ‘Soshi Tam Tam’ Catat Rating 0%

Meski Ada Girls’ Generation, ‘Soshi Tam Tam’ Catat Rating 0%

Baru sahaja beberapa episod, namun program “Soshi Tam Tam” tidak mampu untuk menarik perhatian ramai.

Sempena comeback untuk ulangtahun ke-15 tak lama lagi, Girls’ Generation telah menyertai sebuah program bersama JTBC bagi menampilkan keserasian antara mereka buat tatapan ramai yang merindui.

Meskipun pada awalnya bermula baik namun beberapa episod terbaru program ini hanya mampu berpuas hati dengan catatan bawah 1% di mana rekod terbaru ialah 0.8% iaitu catatan terendah setakat ini.

jtbc soshi tam

Dalam episod kelmarin, Girls’ Generation membuat reunion istimewa bersama Kyung-san iaitu bayi yang pernah dijaga mereka dalam program “Hello Baby” pada tahun 2009. Malah Yoogeun yang dijaga SHINee turut menyertai sebagai tetamu jemputan.

Bukan itu sahaja, program “New Festa” yang ditayangkan selepas “Soshi Tam Tam” juga meraih rating yang sama iaitu 0.8%.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...