Ikuti Kami:

Meski Ada Choi Wooshik & Park Boyoung, Kenapa ‘Melo Movie’ Gagal Raih Populariti Global?

Meski Ada Choi Wooshik & Park Boyoung, Kenapa ‘Melo Movie’ Gagal Raih Populariti Global?

Sebuah drama yang menduduki carta teratas Netflix Korea selama lima hari berturut-turut sejak dilancarkan kini gagal menarik perhatian di pasaran global. Ini agak luar biasa memandangkan prestasi minggu pertama sangat penting untuk kejayaan kandungan Netflix.

Dilancarkan pada 14 Februari, “Melo Movie” mendaki ke tempat pertama dalam carta ‘Top 10 Hari Ini di Korea’ dalam kategori siri Korea hanya dalam dua hari, mengatasi “The Trauma Code: Heroes on Call” selain ia mengekalkan kedudukannya di puncak selama lima hari.

Namun, laman rasmi ranking Netflix, Tudum, mendedahkan bahawa rancangan itu tidak berjaya memasuki carta Top 10 global bagi siri TV bukan Inggeris. Yang tersenarai hanyalah, “The Trauma Code: Heroes on Call” di nombor 7 dengan 2.8 juta tontonan dan “Squid Game 2” di nombor 8 dengan 2.7 juta tontonan.

“Melo Movie” mencatat tontonan jauh lebih rendah, malah tidak dapat menandingi “Sintonia 4” dari Brazil, yang berada di tempat terakhir dalam Top 10 global dengan 1.8 juta tontonan. Kontras jelas antara sambutan hangat penonton tempatan dan penerimaan dingin daripada penonton antarabangsa kelihatan ketara.

melo movie

Ini adalah kes luar biasa kerana jarang bagi siri asal Netflix gagal memasuki Top 10 global dalam minggu pertamanya. Pun begitu, sebelum ini terdapat beberapa drama seperti “The Fabulous”, “Somebody”, “Glitch”, “Chicken Nugget”, dan “Mr. Plankton” juga tidak mencapai kejayaan.

Sesetengah penonton menyatakan kekecewaan, malah mengatakan ia seperti sekuel “Our Beloved Summer”. Pembangunan cerita perlahan, watak serupa, dan kekurangan jalan cerita yang jelas sepanjang 10 episod dipercayai menyumbang kepada prestasi global yang kurang memuaskan. Memandangkan drama percintaan Korea lazimnya berjaya di peringkat antarabangsa, hasil ini amat mengecewakan.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Wikitree

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...