Nampaknya semakin banyak naskhah Melayu yang mengadaptasi drama Korea kini!
Terbaru, semasa acara istimewa iaitu ‘Viu UPFRONT 2024’, telah diumumkan bahawa drama yang disukai ramai iaitu “Strong Woman Do Bongsoon” bakal diterbitkan pada tahun hadapan menerusi platfom Viu Original.
Paling mengasyikkan apabila ‘hero Malaya alaf baru’ iaitu Merqeen dan Nadhir Nasar turut disahkan akan menerajui naskhah adaptasi berkenaan.
View this post on Instagram
Komen orang ramai.
Heroin dia harap yang comel² ya kalau tak memang aku maki 😂
Pelakon berbakat Meerqeen & Nadhir.
OMG Strong Girl Bong Soon. Mesti gempak 👏👏
Nak Nadhir Nasar bawa watak Park Hyung-sik.
Untuk pengetahuan, “Strong Woman Bongsoon” membawa kisah seorang wanita mempunyai kekuatan luar biasa dek genetik keluarga yang cuba membanteras kancah dadah yang berleluasa di kejiranannya.
Okay tak korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.