Peminat “Running Man” pasti ada dengar ura-ura tentang kemungkinan pelakon filem Netflix terbaru iaitu “6 Underground” bakal membuat kemunculan dalam rancangan hiburan itu. Meskipun tidak pasti kesahiannya, tapi semakin kuat tiupan khabar angin tiu apabila pihak produksi telah memuat naik beberapa gambar yang mengandungi tag nama para pelakon naskhah tersebut iaitu Ryan Reynolds, Mélanie Laurent dan Adria Arjona di laman rasmi Instagram Running Man.
Berita gembira! Selepas tamat episod rancangan itu pada 15 Disember lepas, “Running Man” telah berkongsi sedutan episod akan datang di mana ia adalah sangat istimewa. Program itu bakal dimeriahkan lagi dengan kesemua pelakon filem “6 Underground”. Jadi memang benarlah khabar angin yang telah bertiup sebelum ini!
Walaupun sedutan tersebut hanyalah 45 saat pendeknya, tetapi nampak best! Lihat sahajalah kesemua pelakon Holllywood itu yang tidak segan langsung menunjukkan tarian mereka bahkan Ryan Reynolds pun siap buat posing b-boy lagi! Menerusi sedutan itu, setiap pelakon “6 Undergrounds” itu perlu memilih ahli “Running Man” sebagai ahli kumpulan mereka. Namun jangan terkejut, kerana ketika misi itu berlangsung, rupanya terdapat ‘Hantu’ dalam kalangan mereka yang sedang menjalankan misi lain secara rahsia.
Kalau nak tahu siapa yang berlakon sebagai ‘Hantu’ itu nanti, jangan lupa untuk menonton episod “Running Man” yang bakal ditayangkan pada 22 Disember ini!